02 April, 2011

:: Huhaland Taman Ajaib



Judul :
HUHALAND Taman Ajaib

Pengarang :
Syalina Ahmad

Harga :
RM13.90

Penerbit :
PTS One Sdn Bhd

Kategori :
Kanak-kanak berilustrasi

Nota :
Cetakan 2011

HUHALAND bukan sebuah taman biasa. Ia didiami oleh kanak-kanak dan haiwan sahaja. Bukan mudah hendak memasuki Huhaland. Dan tiada jalan keluar.

Segalanya aman dan tenang, sehinggalah muncul seekor ular bernama Mamba. Kehadirannya mahu memporakporandakan Huhaland. Pelbagai masalah timbul dan Huhaland menjadi huru-hara seketika. Rasailah keajaiban Huhaland. Dan berkenalanlah dengan penghuni-penghuni Huhaland - Wini, Madna, Opi, Nina, Jali, Kupa dan Raja Umon!

Buku ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh kanak-kanak, malah semua peringkat umur. Jika berminat dengan cerita-cerita Aesop's Fables, Grimm's Fairy Tales atau folktales, buku ini sememangnya untuk saudara. Semoga bermanfaat dan semoga terhibur!


Klik sini untuk maklumat pembelian.