01 July, 2010

Emilda



Judul :
Emilda - Catatan Seorang Perindu

Pengarang :
Syalina Ahmad

Harga :
RM14.50

Penerbit :
PTS One Sdn Bhd

Kategori :
Novel Remaja

Nota :
Cetakan 2008

"Acik Nor...,"

"Ya, Emil?"

"Al-Quran tu... siapa yang tulis?" Emilda cuba memulakan perbualan berkenaan Islam. Elok juga sekiranya dia mengambil peluang ini sebaik mungkin kerana ibu bapanya tiada di rumah.

"Maksud Emil?"

"Tulis... maksud Emil pengarang kata-kata di dalam Quran." Emilda sedaya upaya menerangkannya.

"Allah," jawab Acik Nor ringkas.

"Tuhan?"

Acik Nor mengangguk. Dia tidak sedikit pun terperanjat dengan soalan Emilda. Itu bukan soalan pertama yang pernah diajukannya, malah sudah berpuluh-puluh soalan. Dia sedar Emilda semakin berminat dengan Islam, tetapi apakan dayanya?


Klik sini untuk maklumat pembelian.





No comments:

Post a Comment