03 July, 2010

English Bagus!




Judul :
English Bagus! Teknik-teknik Mempelajari Bahasa Inggeris Dengan Cara Mudah, Murah & Berkesan

Pengarang :
Syalina Ahmad & Yusmadi Norashid

Harga :
RM14.80

Penerbit :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Kategori :
Bukan Fiksyen

Nota :
Cetakan pertama September 2010

"BAHASA INGGERIS UNTUK SEMUA!"

Inilah slogan yang ingin disampaikan oleh Syalina dan Yusmadi, penulis bersama English Bagus! Mereka ingin menyatakan kepada anda semua bahawa – ANDA BOLEH!

Anda boleh menguasai bahasa Inggeris menggunakan teknik-teknik mudah yang disampaikan oleh mereka dengan menggunakan sumber yang berada di sekeliling anda. Anda boleh menghayati lagu atau mendengar radio dan berbual dengan penyampai radio; melayari internet untuk bahan-bahan bacaan serta rujukan dan menulis blog; serta menonton televisyen dan melakonkan semula watak penyampai asal dalam bahasa Inggeris. Ketahui juga bagaimana bahasa Inggeris basahan di peringkat awal boleh membantu pembelajaran. Sama ada melalui lagu, bahan bacaan, penulisan, perbualan atau lakonan – Semua teknik di dalam buku ini adalah mudah, murah dan berkesan!

Ketika baru hendak mempelajari bahasa Inggeris dahulu, Syalina mendapati bahawa buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam bahasa Inggeris. Ia amat menyukarkan proses pembelajaran. Justeru, buku English Bagus! ditulis dalam bahasa Melayu agar pembaca dapat memahaminya dengan pantas dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan menguasai bahasa Inggeris.

Dengan teknik-teknik yang boleh dipraktikkan oleh semua, termasuk teknik-teknik untuk pendidik, tidak mustahil bahasa Inggeris dapat dikuasai oleh sesiapa sahaja – TERMASUK ANDA!


Klik sini untuk maklumat pembelian.





2 comments:

  1. BUKU INI MEMANG LENGKAP PEMBELAJARAN BAHASA INGGERIS KE?

    ReplyDelete
  2. Buku ini ialah buku perkongsian teknik, bagaimana saudara boleh menggunakan 'kit pembelajaran' yang ada di sekeliling untuk belajar/memperbaiki bahasa Inggeris. Buku ini menekankan penggunaan 'minat' dan 'hobi'. Buku ini bukan buku mengajar grammar dan bukan buku dialog. Untuk gambaran lebih lanjut, saudara boleh melayari http://www.englishbagus.blogspot.com

    ReplyDelete